◉ HEADLINES

Lelaki warga Switzerland ditahan di KLIA, cuba seludup dadah 3.3 kg

Suspek disekat selepas imbasan ke atas sebuah kotak gegelung hos air yang dibawanya menunjukkan imej mencurigakan

12:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang lelaki warga Switzerland menyeludup dadah jenis heroin seberat 3.3 kilogram bernilai hampir RM266,000 berjaya digagalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Februari lepas.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Zulkifli Muhammad berkata, rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan pasukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada 24 Februari lalu.

Menurutnya, suspek cuba memasuki Malaysia dari sebuah negara di Asia Tenggara.

“Dia telah disekat selepas imbasan ke atas sebuah kotak gegelung hos air yang dibawanya menunjukkan imej mencurigakan.

“Pemeriksaan rapi oleh pasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA telah menemukan bungkusan hitam yang dilekatkan di dalam gegelung hos itu disyaki mengandungi dadah jenis heroin,” lapor Bernama.

Zulkifli memberitahu, Orang Yang Disyaki (OYDS) dan barang kes seterusnya diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA.

Kes, katanya disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – 3 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related