◉ HEADLINES

Polis tahan 43 lelaki serang pusat hiburan di Cheras

Kesemua individu terbabit berusia antara 20-an hingga 40-an diberkas di sekitar Lembah Klang, sejak Isnin hingga awal pagi Rabu.

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan 43 lelaki termasuk dalang utama yang dipercayai terlibat kes khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras, Ahad lepas.

Menurut Sinar Harian, permohonan reman dibuat ke atas 35 daripada mereka yang kini berada di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, bersama seorang lagi suspek yang disambung reman.

Sementara tujuh lagi individu dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua individu terbabit berusia antara 20-an hingga 40-an diberkas di sekitar Lembah Klang, sejak Isnin hingga awal pagi Rabu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, 12 lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan kes khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras, Ahad lepas.

Menurutnya, dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas beberapa kenderaan dipercayai digunakan dalam insiden berkenaan, termasuk sebuah lori yang digunakan suspek untuk merempuh pintu pagar premis terlibat.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan individu bertopeng menceroboh masuk ke premis berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 5 April lepas sebelum merosakkan pelbagai barangan di dalam pusat hiburan itu.

Kejadian itu turut dirakam menerusi video berdurasi 71 saat yang tular, memaparkan sebuah lori mengundur sebelum merempuh pagar premis diikuti sekumpulan lelaki bertopeng yang memegang objek tidak dikenal pasti memasuki premis melalui pintu pagar yang dirosakkan. – 8 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related