◉ HEADLINES

Skandal urus niaga saham: SPRM kesan kerugian dana awam bernilai RM300 juta

siasatan mendapati penilaian harga saham yang tidak munasabah dan tidak setimpal (overvaluation) dipercayai menjadi punca utama kerugian besar kepada dana awam berkenaan

6:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan kerugian dana awam dianggar melebihi RM300 juta susulan siasatan terhadap skandal urus niaga saham melibatkan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun kerajaan.

Menurut sumber SPRM, siasatan yang dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM itu turut melibatkan seorang pengerusi syarikat pegangan yang dipercayai bersubahat dengan beberapa ahli lembaga pengarah serta pemegang saham sebuah syarikat lain dalam urus niaga penjualan saham kepada badan pelaburan terbabit.

Beliau berkata siasatan mendapati penilaian harga saham yang tidak munasabah dan tidak setimpal (overvaluation) dipercayai menjadi punca utama kerugian besar kepada dana awam berkenaan.

“Hari ini SPRM menggeledah dua lagi syarikat penilaian nilai saham bagi mengesahkan nilai sebenar saham syarikat tersebut.

“Siasatan terkini turut mendapati penyelewengan ini telah dirancang secara sistematik dan dipercayai melibatkan transaksi keluar masuk wang ke akaun di luar negara,” katanya.

Sumber turut memaklumkan, setakat ini sebanyak 10 saksi telah dirakam percakapan, manakala tujuh lagi saksi dijangka dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan BOK SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi berkata fokus siasatan kini menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 selain kesalahan pecah amanah jenayah.

Beliau berkata penyiasatan turut menganalisis dan mengenal pasti elemen kesalahan jenayah lain yang berkaitan khususnya di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram. – 10 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related