◉ HEADLINES

Perbicaraan kes Vivy Yusof, suami ditangguh ke Julai

Pasangan suami isteri itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Perbicaraan kes pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar berhubung pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan ke Julai depan.

Tarikh baharu itu diputuskan selepas Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad membenarkan permohonan peguam Shaarvin Raaj yang mewakili pasangan itu untuk menangguhkan perbicaraan pada hari ini, 14 hingga 17 April, 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026 berikutan pihaknya perlu menyiapkan pernyataan pembelaan.

“Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 20 dan 24 Julai, 17 dan 18 Ogos, 16 serta 23 Okt, 3, 20 dan 30 Nov, 17 dan 18 Dis manakala Januari 2027 pada 15, 28 dan 29,” kata Hakim Rosli.

Terdahulu, Shaarvin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya perlu menghantar dokumen berkaitan kes itu kepada juruaudit dan ia memerlukan masa enam minggu untuk disiapkan, sebelum  pernyataan pembelaan dapat disediakan dan diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya Noorsyazwani Mohamad Sobry dibantu Elyza Amira Habeeb Rahman tidak membantah penangguhan itu.

Pada prosiding sama, mahkamah membenarkan permohonan Vivy dan suaminya untuk mendapatkan pasport sementara bagi membolehkan mereka ke Arab Saudi bagi menunaikan haji, namun ia perlu diserahkan semula kepada mahkamah pada 18 Jun ini.

Pada 5 Dis 2024, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.

Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di lokasi dan tarikh sama.

Pasangan suami isteri itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related