◉ HEADLINES

TH sahkan jadual kekal tanpa gangguan, penerbangan pertama Sabtu ini

Lembaga Tabung Haji memberi jaminan urusan keberangkatan 31,600 jemaah berjalan lancar Sabtu ini meskipun sedang memantau rapi situasi konflik di Asia Barat

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada sebarang perubahan membabitkan jadual penerbangan jemaah haji bagi musim 1447H/2026M yang dijadualkan bermula Sabtu ini.

Penerbangan sulung yang membawa 284 jemaah akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus memulakan fasa keberangkatan secara berperingkat sehingga 20 Mei depan.

Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air (OHTA), Mohd Norber Kassim, menegaskan bahawa koordinasi bersama agensi berkaitan di lapan stesen pelepasan seluruh negara telah pun selesai sepenuhnya.

Menurut beliau, tumpuan utama kini diberikan kepada kelancaran aliran jemaah dari Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC) sebagai stesen pelepasan utama ke balai berlepas KLIA.

“Saya boleh katakan (persiapan) hampir 100 peratus, mungkin ada ‘adjustment’ (perubahan) di sana sini disebabkan ada perkara atau arahan baru. Secara keseluruhannya, kita sudah bersedia di semua sektor. Di tanah air, ia babitkan lapan stesen dengan MHCC, Sepang adalah stesen utama, semua (persiapan) telah selesai dari segi penyelarasan operasi,” kata Mohd Norber selepas sesi lawatan media sekitar MHCC di Sepang, hari ini.

Menyentuh mengenai isu keselamatan global, TH sentiasa memantau rapat perkembangan semasa melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Saudia Airlines, terutamanya jika terdapat risiko gangguan kesan daripada konflik di Asia Barat.

Kerjasama erat ini bertujuan memastikan setiap penerbangan mematuhi piawaian keselamatan ruang udara yang ditetapkan.

“Setakat ini TH telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines (MAS) dan pihak Saudia Airlines (Saudia) yang menyediakan penerbangan. Insya-Allah penerbangan (jemaah musim haji kali ini) akan mengikut ketetapan dan keperluan yang telah dirancang,” tambahnya lagi.

Bagi memastikan sokongan di Tanah Suci berjalan lancar, kumpulan kedua petugas haji dijadualkan berlepas hari ini, menyusuli kumpulan pertama yang telah tiba pada 11 April lalu.

Secara keseluruhan, sebanyak 100 penerbangan sewa khas telah disediakan bagi membawa 31,600 jemaah Malaysia tahun ini, dengan jadual penerbangan pulang dijangka bermula pada 4 Jun hingga 30 Jun 2026. – 15 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related