◉ HEADLINES

200 rumah atas air musnah terbakar di Sandakan

Faktor angin kencang dan kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat

10:53 AM MYT

 

SANDAKAN – Kira-kira 200 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.32 pagi dan sehingga kini kerja pemadaman masih dijalankan.

“Bomba menghadapi kesukaran ke lokasi kejadian berikutan keadaan jalan yang sempit sekali gus menghalang pergerakan jentera.

“Faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat selain laut surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata 35 anggota bomba termasuk daripada BBP Sandakan dan Kinabatangan dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman. – 19 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related