◉ HEADLINES

Pengisytiharan turunkan Tuanku Muhriz tidak sah: Aminuddin

Kerajaan Negeri Sembilan tegaskan Datuk Mubarak Dohak tiada kuasa sebagai Undang Luak Sungei Ujong

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Mubarak Dohak menandatangani dan membacakan pengisytiharan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong semalam, tidak sah dan tidak diiktiraf kerajaan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ini kerana, Mubarak sudah tiada kuasa sebagai Undang Luak Sungei Ujong selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

“Saya ingin memaklumkan bahawa fungsi Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan berperanan sebagai badan penasihat atas perkara berkaitan adat istiadat orang Melayu termasuk berkaitan pemilihan dan perlucutan jawatan Undang Luak yang empat seperti diperuntukkan dalam perkara 16 UUTKNS, termasuk urusan pemberhentian seseorang undang luak daripada memegang pesaka mengikut adat luaknya mengikut Fasal 14 (3) undang-undang berkenaan.

“Dalam hubungan ini, pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong telah dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong sejak 13 Mei 2025

“Pada sidang khas DKU pada 17 April lalu (Jumaat) bersetuju menasihat dan menerima kesepakatan Telaga Undang yang menerima pemberhentian Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

“Ia selaras dengan selaras Fasal 14(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 di atas sebab 33 sebab kesalahan berkaitan pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu Luak Sungei Ujong,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jelas Aminuddin, nasihat penerimaan oleh DKU terhadap pemberhentian penyandang pesaka Datuk Undang Luak di Negeri Sembilan, juga pernah dilaksanakan sebelum ini apabila penyandang pusaka Undang Luak Johol Ke-14, Datuk Mohammad Jan Abdul Ghani diberhentikan pada 27 Mac 2016 atas 13 kesalahan berkaitan pesaka dan adat Luak Johol.

Sebelum ini, media melaporkan Mubarak dilucutkan jawatan sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong ke-10 selepas didakwa melanggar hukum syarak dan adat.

Tindakan itu diambil berdasarkan pengumuman rasmi oleh Tua Lembaga Waris di-Darat, Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim, selepas mendapat persetujuan serta keizinan Ibu Soko Klana Hulu dan Anak Waris Klana Hulu.

Menurut kenyataan rasmi pada akhir bulan lalu, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat diadakan di Telaga Undang Sungei Ujong pada 1 April 2025.

Ia menjelaskan bahawa semua kesalahan berkenaan turut dilaporkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut pihak berkuasa. – 20 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related