◉ HEADLINES

MCMC siasat individu fitnah SPRM, Azam Baki di TikTok

Individu dipanggil beri keterangan, peranti disita; kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

9:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang disyaki memuat naik kandungan berunsur palsu di platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjaya badan itu.

Individu berkenaan telah dipanggil memberi keterangan, manakala satu unit peranti komunikasi turut disita bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan,” kata MCMC dalam satu kenyataan.

MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial yang bertujuan mengelirukan orang ramai.

“Tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” tambah kenyataan itu.

Orang ramai turut diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial dan tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam. – 21 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related