◉ HEADLINES

Anwar beri jaminan kontrak Azam Baki tidak disambung: Ahli Parlimen PKR

Zahir Hassan dedah jaminan PM sementara Rafizi puji sikap ‘kebapaan’ Anwar dalam pertemuan empat mata bulan lalu

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan disambung.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kepadanya ketika pertemuan empat mata dengan Anwar, yang juga presiden PKR, kira-kira sebulan lalu.

Jelas Zahir, Anwar meminta untuk bertemu dengannya serta beberapa Ahli Parlimen PKR penyokong kerajaan selepas lama tidak berjumpa. Bagaimanapun, beliau (Anwar) tidak bertemu Datuk Seri Rafizi Ramli, Wong Chen dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan. – Gambar ihsan Parlimen Malaysia, 23 April, 2026

Pertemuan itu berlaku selepas Zahir dan beberapa Ahli Parlimen yang sehaluan dengan Rafizi mengeluarkan kenyataan mengkritik pendirian kerajaan berhubung dakwaan pegangan saham melibatkan Azam.

“Apabila beliau menghubungi saya, perkara pertama yang ditanya ialah mengapa kami mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya katakan kenyataan itu adil dan kami menimbulkan isu-isu yang menjadi kebimbangan bersama, iaitu isu yang semua orang tahu pendirian kami.

“Pendirian kami tidak sepatutnya mengejutkan dan itulah permulaan perbincangan.

“Saya ada bertanya kepada Anwar mengenai Azam dan ketika itu beliau memberi jaminan bahawa Azam tidak akan mendapat lanjutan kontrak. Apa yang akan berlaku dalam beberapa minggu akan datang, saya tidak pasti,” katanya kepada media selepas ceramah anti-Azam yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Majlis itu turut disertai Rafizi dan Wong.

Sementara itu, Rafizi ketika ditemui memuji Anwar yang bersifat ‘kebapaan’ dalam pertemuan tersebut, menyatakan beliau menghormati hak Ahli Parlimen penyokong kerajaan untuk bersuara mengenai isu-isu tertentu.

“Adalah baik apabila beliau duduk berbincang dengan Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pimpinan parti. Mereka sentiasa peka terhadap apa yang berlaku di peringkat akar umbi.”

Sejak dakwaan terhadap Azam didedahkan Bloomberg Februari lalu, Ahli Parlimen Pandan dan beberapa pihak lain lantang menggesa kerajaan supaya tidak melanjutkan kontraknya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Kontrak Azam telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak beliau memegang jawatan pada Mac 2020, dengan lanjutan setahun diberikan pada Mei 2023, Mei 2024 dan Mei 2025. Kontrak semasanya akan tamat pada 12 Mei 2026. – 23 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related