◉ HEADLINES

Kita tak boleh bandingkan dengan Umno: Bersatu belum cadang terima ahli dipecat – Muhyiddin

Lembaga Disiplin telah mengambil tindakan terhadap mereka yang dipecat kerana melakukan kesalahan dan setakat ini Bersatu mengekalkan keputusan berkenaan

6:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu belum bercadang untuk menerima semula ahli-ahlinya yang dipecat, seperti yang dilakukan oleh Umno menerusi inisiatif Rumah Bangsa, kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin, Lembaga Disiplin telah mengambil tindakan terhadap mereka kerana melakukan kesalahan dan setakat ini Bersatu mengekalkan keputusan berkenaan.

“Kita tak boleh banding dengan Umno kerana mereka yang telah melakukan kesalahan menyebabkan Lembaga Disiplin mengambil tindakan.

“Ia baru sahaja (tindakan) dan kesan daripada tindakan itu belum terasa lagi. Kita tidak tahu sama ada pihak berkenaan merayu atau tidak.

“Tapi kalau ada kes tertentu, pihak Lembaga Disiplin meneliti balik dan Majlis Tertinggi boleh kaji tetapi setakat sekarang ini, tidak ada perkara itu timbul,’’ katanya pada sidang media selepas Konvensyen Bersatu Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, hari ini.

Baru-baru ini, bekas pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar merupakan antara yang diterima kembali menyertai parti itu, menerusi inisiatif Gagasan Rumah Bangsa.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka bersama 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat Umno Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia diterima kembali menyertai Umno tanpa syarat.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, Bersatu kini sudah kembali pulih selepas dilanda kontroversi melibatkan pemilihan parti, peralihan kuasa dan krisis kepercayaan terhadap pimpinan tertinggi.

“Setakat yang kita dah ambil langkah selepas timbul sikit masalah itu dan telah pun selesai.

“Kalau ada pun satu dua itu agak kecil sangat dan kalau ada keperluan untuk buat sedikit lantikan atau pun perundingan,’’ katanya.

Bersatu sebelum ini dilanda kemelut dalaman apabila Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden. Turut dipecat adalah beberapa pimpinan tertinggi serta ketua-ketua bahagian. – 26 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related