◉ HEADLINES

Pekebun didakwa tembak mati 3 individu di Kota Tinggi

Kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, sebutan semula ditetapkan 13 Mei

2:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pekebun berusia 71 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi atas tuduhan membunuh tiga individu dalam insiden di sebuah restoran dekat Taman Kota Jaya, 19 April lalu.

Tertuduh, Lim Lian, hanya mengangguk faham selepas tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, demikian lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, Lim didakwa membunuh Wong Poh Soon, 61, Chen Kwai Hwa, 64, serta seorang wanita warga asing, Tran Thi Trang, 37, di Kedai Chan Fong Moi dekat Jalan Delima, Taman Kota Jaya, kira-kira jam 1.30 petang, 19 April lalu.

Kes dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 kali, sekiranya sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eizlan Azhar, manakala tertuduh diwakili peguam Belinda Low.

“Kami memohon tarikh sebutan dalam masa dua minggu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapat izin supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan segera,” kata Eizlan.

Beliau turut menegaskan tiada tawaran jaminan diberikan memandangkan kes dihadapkan di bawah Seksyen 302. Mahkamah kemudian menetapkan 13 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula.

Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa maut di lokasi selepas ditembak menggunakan senapang patah (short gun).

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata suspek warga tempatan ditahan kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian dan polis turut merampas senjata api yang dipercayai digunakan. – 27 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related