◉ HEADLINES

PN sahkan sedia kerjasama dengan BN di Negeri Sembilan

Perkara itu dinyatakan semua lima Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PN di Negeri Sembilan dalam satu sidang media di Seremban sebentar tadi

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan sedia untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan.

Perkara itu diumumkan semua lima Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PN Negeri Sembilan dalam satu sidang media tergempar di sebuah hotel di Seremban sebentar tadi.

PN terdiri daripada tiga Adun PAS iaitu Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi), Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) dan Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting).

Manakala dua lagi Adun daripada Bersatu ialah Mohamad Hanifah Abu Baker (Labu) dan Ridzuan Ahmad (Gemas).

Mohamad Hanifah yang juga Ketua Pembangkang berkata, lima Adun PN bersedia untuk bekerjasama dengan 14 Adun Umno/BN Negeri Sembilan bagi menjamin kestabilan politik Kerajaan Negeri.

“Ia bagi membangunkan Negeri Sembilan serta menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pendirian itu dinyatakan selepas BN mengumumkan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun awal hari ini.

Jika BN bersetuju, mereka mempunyai jumlah cukup bagi membentuk kerajaan baru, atau sekurang-kurangnya bertukar Menteri Besar.

Terkini BN mempunyai 14 kerusi DUN berbanding 17 (PH), selain lima milik Perikatan Nasional (PN).

Difahamkan juga kerajaan boleh tumbang jika pakatan BN-PN ini dibentuk. – 27 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related