◉ HEADLINES

‘PN ambil peluang krisis di Negeri Sembilan’: Zahid

Lima Adun Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sebelum ini mengumumkan sedia bekerjasama dengan 14 Adun Umno dan BN bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri

7:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Perikatan Nasional (PN) sedang mengambil peluang yang ada di Negeri Sembilan selepas 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), dalam politik setiap peluang akan cuba dirangkul oleh mereka.

“Dalam politik tentu peluang sedang ditarik dan tentu peluang ini yang cuba dirangkul oleh mereka,’’ katanya kepada wartawan selepas wawancara eksklusif bersama Presiden Umno sempena ulang tahun Umno ke-80 di sini, hari ini.

Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kesemua 14 Adun Umno dan BN di Negeri Sembilan yang menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Berikutan itu lima Adun Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan mengumumkan sedia bekerjasama dengan 14 Adun BN bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Bakar, surat kerjasama turut diserahkan kepada BN negeri yang diwakili Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapha Nagoor.

Mohamad Hanifah berkata, langkah yang diambil oleh lima Adun PN itu adalah selaras dengan pendirian gabungan itu yang sentiasa meletakkan kepentingan negeri.

“Kami sentiasa meletakkan kepentingan Negeri Sembilan dan rakyat sebagai agenda perjuangan,” katanya. – 27 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related