◉ HEADLINES

Kes tertembak diri sendiri: Bekas pemimpin Bersatu Johor stabil selepas pembedahan

Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sahabatnya Datuk Tan Lek Khang belum boleh dilawati sementara menunggu laporan rasmi polis berhubung insiden tertembak di Kota Tinggi

10:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang, dilaporkan stabil selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) malam tadi, susulan insiden dipercayai tertembak ketika mengosongkan peluru dalam senjata api.

Bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Lek Khang kini berada dalam fasa pemulihan dan masih belum boleh dilawati, termasuk oleh ahli keluarga terdekat.

“Buat masa ini, beliau dalam recovery period. Jadi, kita tunggu sampai beliau sudah keluar (dewan bedah), masuk ICU (Unit Rawatan Rapi) baharu boleh lawatan dibuat dan ketika itu baharu kita tahu keadaan sebenar beliau.
Pembedahan sudah selesai, baharu lepas. Disebabkan beliau sahabat saya, saya akan tunggu dan melihat keadaannya,” katanya.

Ahli Parlimen Larut itu tiba di HSI kira-kira jam 11.25 malam bersama beberapa pemimpin politik termasuk Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah. Hamzah meluangkan masa lebih sejam di hospital sebelum beredar kerana Lek Khang masih di dewan pembedahan.

Hamzah turut mengakui terkejut dengan insiden tersebut dan menegaskan mahu menunggu laporan rasmi polis sebelum membuat sebarang andaian.

“Sudah tentulah saya terkejut. Sebagai seorang sahabat, saya melihat apa yang berlaku ini, kita sendiri tidak tahu sebab apa dan sebagainya. Jadi, saya kena tunggu dan saya juga mahu dapatkan laporan polis terlebih dahulu,” katanya.

Media semalam melaporkan, Lek Khang parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri ketika menjalani latihan menembak di sebuah pusat latihan di Kota Tinggi.

Setakat ini, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi dan dijangka mengadakan sidang media berhubung kejadian itu hari ini.

Pada 13 Februari lalu, Lek Khang mengumumkan keluar daripada Bersatu serta meletakkan semua jawatan parti berkuat kuasa serta-merta, susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, beliau bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN). – 29 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related