◉ HEADLINES

James Chai sambung beri keterangan hari kedua di SPRM

Bekas pembantu Rafizi Ramli hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan kes Arm Holdings bernilai RM1.1 bilion, selepas semalam memberi keterangan lebih lapan jam

11:05 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi menyambung memberi keterangan pada hari kedua siasatan.

James Chai tiba pada 9.45 pagi bagi membantu siasatan kes membabitkan firma semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom, Arm Holdings Plc.

Semalam, James Chai turut hadir ke Ibu Pejabat SPRM kira-kira 10 pagi dan mengambil masa lebih lapan jam memberi keterangan.

Pada 1 April, SPRM memberi tempoh dua minggu kepada James Chai untuk tampil membantu siasatan kes melibatkan firma semikonduktor itu dengan SPRM bersedia menanggung kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

Pada 16 Feb, SPRM membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Menurut sumber, siasatan dijalankan susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Selain itu, siasatan turut menjurus kepada unsur konflik kepentingan apabila beberapa individu dikatakan diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing tersebut selepas berhenti daripada sebuah kementerian. – 29 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related