◉ HEADLINES

Anwar umum Elaun Pasca Cuti Bersalin, sokongan kepada ibu kembali bekerja

Elaun berkenaan akan diperkenalkan melalui pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, bertujuan memberikan sokongan kewangan tambahan kepada ibu yang memerlukan masa lebih panjang selepas tempoh cuti bersalin

11:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Elaun Pasca Cuti Bersalin yang merupakan bantuan kewangan akan diperkenalkan bagi menyokong penyertaan wanita dalam tenaga buruh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, elaun berkenaan akan diperkenalkan melalui pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, bertujuan memberikan sokongan kewangan tambahan kepada ibu yang memerlukan masa lebih panjang selepas tempoh cuti bersalin.

Menurut Anwar, faedah elaun akan ditetapkan pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan bagi pekerja wanita yang diinsuranskan, dan akan dibayar secara sekali beri (one-off).

Ia dijangka memberikan manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita di seluruh negara.

“Kadar penyertaan tenaga buruh wanita sedikit merosot. Kita kaji cohort umur 25 hingga 39 tahun, 25-29 tahun banyak terkesan kerana komitmen ibu melahirkan anak.

“Rasionalnya ialah kita tidak mahu setelah itu sepertimana yang berlaku selama ini, ibu merasakan terpaksa berhenti dan meninggalkan medan pekerjaan.

“Elaun ini merupakan bantuan kewangan bagi cuti tambahan hingga 30 hari sebulan yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari,” ,’’ katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan hari ini.

Mengikut Akta Kerja 1955, setiap pekerja wanita di negara ini layak menikmati cuti bersalin sebanyak 98 hari berterusan termasuk hari rehat dan hari kelepasan am.

Pekerja wanita turut layak mendapatkan elaun bersalin sekiranya bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh sembilan bulan sebelum bersalin, bekerja sekurang-kurangnya sehari dalam tempoh empat bulan sebelum bersalin, dan mempunyai kurang daripada lima orang anak yang masih hidup. – 1 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related