◉ HEADLINES

Impak krisis bekalan global dijangka dirasai rakyat Malaysia dalam satu ke dua bulan lagi: Zafrul

Berdasarkan kajian dan analisis yang dijalankan, Zafrul berkata kesan ini akan memberi impak kepada harga makanan dan barangan harian, walaupun kenaikannya mungkin tidak begitu ketara pada peringkat awal

12:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesan krisis bekalan global terhadap kos sara hidup dijangka mula dirasai rakyat Malaysia dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, kata Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang merupakan Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkata, ia didorong oleh peningkatan kos dalam rantaian bekalan termasuk logistik, baja serta input industri lain.

Kesan berkenaan, katanya akan memberikan impak kepada harga makanan dan barangan harian.

“Berdasarkan kajian dan analisis yang dijalankan, kesan ini akan memberi impak kepada harga makanan dan barangan harian, walaupun kenaikannya mungkin tidak begitu ketara pada peringkat awal,” katanya, lapor Bernama selepas mengadakan tinjauan ke Pasar Taman Muda, hari ini.

Tengku Zafrul yang juga pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata, sektor yang dijangka terkesan terlebih dahulu ialah logistik, diikuti pertanian serta industri yang bergantung kepada bahan mentah seperti plastik.

Situasi itu, katanya merupakan kesan daripada gangguan rantaian bekalan global yang bukan sahaja memberi tekanan kepada harga minyak, tetapi turut melibatkan kos input pengeluaran dan pengedaran.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan dalam negara masih terkawal berikutan subsidi bahan api yang membantu mengekang kos pengangkutan, sambil mengingatkan rakyat supaya lebih berhemah dalam penggunaan tenaga termasuk bahan api.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2026 berkata Malaysia masih mengekalkan harga subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter meskipun kebanyakan negara pengeluar minyak lain telah menaikkan harga.

Anwar berkata kerajaan juga menerusi Kementerian Kewangan telah mengumumkan tambahan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas susulan krisis bekalan global berikutan perang Amerika Syarikat dan Iran di Asia Barat.

Kerajaan juga melalui Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan sejumlah RM5 bilion bagi Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS yang menjadikan keseluruhannya RM10 bilion untuk membantu meringankan beban PMKS yang terjejas susulan krisis berkenaan. – 1 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related