◉ HEADLINES

Polis sahkan 1 lagi kejadian warga asing maut terjatuh dari aras 3 KLIA

Polis berkata kejadian berlaku kira-kira 9.10 malam tadi membabitkan lelaki warga Algeria berusia 30 tahun

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing dilaporkan maut selepas terjatuh dari Aras 3, Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama selepas tular kejadian sama membabitkan wanita warga China, semalam.

Ketua Polis KLIA, M Ravi, berkata kejadian berlaku kira-kira 9.10 malam tadi membabitkan lelaki warga Algeria berusia 30 tahun.

Katanya, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada 2.55 pagi tadi selepas dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

“Dalam kejadian itu, dia telah diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian.

“Bagaimanapun lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pagi tadi. Punca kejadian masih dalam siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Prosedur Kematian Mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian bagi mengelakkan sebarang berita tidak benar.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi IPD KLIA di talian 03-87768222,” katanya. – 2 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related