◉ HEADLINES

Anwar, pimpinan PH adakan ceramah perdana di Negeri Sembilan Rabu ini, di tengah krisis politik negeri

Ceramah Perdana berkenaan bertajuk 'Memperkukuh Perpaduan, Membina Keyakinan Rakyat' yang diadakan ketika Negeri Sembilan berdepan dengan kemelut politik

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pimpinan utama Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan ceramah perdana diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan pada Rabu ini, ketika negeri berkenaan berdepan dengan krisis politik.

Menerusi poster yang dimuatnaik dalam Facebook presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, ceramah perdana dengan tajuk ‘Memperkukuhkan Perpaduan, Membina Keyakinan Rakyat’ akan diadakan pada jam 8 malam di tempat Letak Kereta, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

“Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai. Memperkukuh Perpaduan, Membina Keyakinan Rakyat,’’ demikian tulis hantaran berkenaan.

Selain Anwar dan Mohamad Sabu, gambar yang tertera pada poster berkenaan ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amiruddin Harun,

Krisis politik Negeri Sembilan tercetus apabila beberapa isu pentadbiran dikaitkan dengan kegagalan kerajaan negeri mengurus hal ehwal adat secara teliti, termasuk keputusan yang dianggap menjejaskan kedudukan institusi Raja.

Ketegangan memuncak apabila 14 Adun Umno dan Barisan Nasional (BN) secara kolektif menarik sokongan terhadap Aminuddin, sekali gus membuka ruang kepada kemungkinan perubahan kepimpinan negeri.

Bagaimanapun pada Jumaat, Perdana Menteri meminta semua pihak di Negeri Sembilan supaya bertenang dan memfokuskan kepada usaha untuk memelihara ekonomi dan kepentingan rakyat tidak diganggu gugat.

Menurut Anwar, isu melibatkan kepimpinan di Negeri Sembilan itu perlu dileraikan mengikut perlembagaan negeri.

Malah, katanya, mengikut titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ialah Amiruddin meneruskan tugas mentadbir negeri.

Semalam, Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan pendirian 14 Adun Umno dan BN menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar adalah muktamad dan tidak akan berubah.

Jalaluddin berkata tindakan itu diambil susulan hilangnya keyakinan terhadap kepimpinan Aminuddin dalam mengemudi pentadbiran negeri. – 3 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related