◉ HEADLINES

Keputusan permohonan kemasukan ke UA, IPTA dan Mara BPT diumum 22 Mei: KPT

Keputusan boleh disemak secara dalam talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my; atau melalui aplikasi mobile UPUPocket pada telefon pintar; atau melalui aplikasi mobile MyGov

11:52 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Mei ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan bagi kemasukan peringkat sijil, asasi dan diploma Sesi Akademik 2026/2027 boleh disemak mulai 12 tengah hari pada tarikh berkenaan hingga 5 petang 31 Mei 2026.

Menurut kenyataan itu, keputusan boleh disemak secara dalam talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my; atau melalui aplikasi mobile UPUPocket pada telefon pintar; atau melalui aplikasi mobile MyGov. 

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian UA, IPTA dan MARA BPT tidak dibenarkan. 

“Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 23 hingga 31 Mei 2026 di laman web UA, IPTA dan MARA BPT, dan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada yang berjaya mulai 23 Mei ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 12 tengah hari pada 22 Mei hingga 5 petang, 31 Mei.

Rayuan ke Kolej Komuniti pula boleh dihantar terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu. – 7 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related