◉ HEADLINES

Tindakan RoS arah bubar sementara MTUC patuh prosedur perundangan

RoS kekal komited dengan integriti pengawalseliaan apabila menegaskan bahawa status pembubaran sementara MTUC adalah hasil penelitian dokumen dan fakta yang selaras dengan undang-undang negara

10:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan pengeluaran Perintah Pembubaran Sementara terhadap Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang berkuat kuasa semalam mengikut peruntukan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 sepenuhnya.

Menafikan wujud agenda tertentu, RoS menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat secara objektif berdasarkan prosedur pengawalseliaan yang ketat.

“Setiap tindakan pengawalseliaan terhadap pertubuhan berdaftar dilaksanakan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa. RoS tidak dipengaruhi oleh sebarang kepentingan mana-mana pihak dan setiap keputusan dibuat berdasarkan penelitian dokumen, fakta serta pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan,” jelas RoS dalam kenyataan rasminya hari ini.  

Tindakan tegas itu diambil susulan kegagalan badan induk kesatuan sekerja tersebut mematuhi arahan bertulis berkaitan audit kewangan.

RoS mendedahkan bahawa MTUC gagal mengemukakan dokumen kritikal bagi tempoh 2020 hingga 2025, termasuk penyata penerimaan dan pembayaran serta kunci kira-kira yang telah diaudit.

Maklumat terperinci mengenai kewangan, harta, atau faedah yang diterima daripada sumber luar negara.

“Tindakan itu diambil susulan kegagalan MTUC mematuhi arahan RoS bertarikh 6 April lalu khususnya berkaitan penyerahan penyata kewangan dan kunci kira-kira yang telah diaudit termasuk maklumat berhubung kewangan atau harta yang diterima daripada sumber luar negara bagi tempoh 2020 hingga 2025,” katanya.

Walau bagaimanapun, MTUC masih mempunyai ruang untuk menyelamatkan organisasi tersebut. Di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966, mereka diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri.

RoS memberi amaran bahawa kegagalan mengemukakan rayuan dalam tempoh tersebut akan membawa kepada pembubaran muktamad.

“Sekiranya tiada rayuan dikemukakan dalam tempoh itu atau rayuan ditolak, Perintah Pembubaran Sementara berkenaan akan berkuat kuasa secara muktamad selaras dengan peruntukan undang-undang.”  

“RoS kekal komited melaksanakan tanggungjawab pengawalseliaan secara tegas, adil dan berintegriti bagi memastikan setiap pertubuhan berdaftar beroperasi secara teratur, telus serta mematuhi kehendak perundangan negara.” – 8 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

◉ Related