◉ HEADLINES

Abd Halim mula tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini

Abdul Halim menggantikan Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM semalam

2:28 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk Seri Abd Halim Aman memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM, semalam. 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abd Halim atas pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu berkuat kuasa pada hari ini.

“Insya-Allah, saya percaya dengan kredibiliti dan pengalaman beliau dalam jalur perundangan akan terus memberikan nilai tambah, memperkukuh peranan serta mengangkat kedudukan SPRM sebagai badan penguat kuasa yang berprestij di dalam dan luar negara. Selamat berkhidmat!” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya hari ini. 

Shamsul Azri turut berkongsi gambar penyerahan watikah pelantikan Abd Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu.

Sementara itu, Shamsul Azri juga merakamkan penghargaan kepada Azam dan menyifatkan banyak kejayaan dan reformasi yang telah dilaksanakan dalam menerajui SPRM sebagai sebuah badan penguat kuasa yang unggul.

“Jasa bakti Tan Sri (Azam) akan sentiasa dikenang dan semoga terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti selepas ini,” katanya.

Pada 25 April lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan Abd Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, berkuat kuasa pada 13 Mei. – 13 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related