◉ HEADLINES

SPRM nafi halang aduan, tolak dakwaan diskriminasi gender

Setiap aduan tertakluk kepada SOP keselamatan demi melindungi premis, maklumat dan kelancaran urusan rasmi

4:15 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya agensi itu menghalang mana-mana individu daripada membuat aduan rasuah.

“Dakwaan SPRM menghalang aduan adalah tidak benar dan merupakan cubaan mewujudkan persepsi negatif terhadap prosedur penguatkuasaan serta tatacara keselamatan yang diamalkan,” tegas SPRM dalam kenyataan hari ini.

SPRM menegaskan pihaknya sentiasa terbuka menerima maklumat berkaitan rasuah daripada mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau latar belakang.

Walau bagaimanapun, setiap proses pengaduan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) serta protokol keselamatan bagi memastikan keselamatan premis, kelancaran urusan rasmi dan perlindungan maklumat.

Menurut SPRM, kawalan kemasukan ke premis adalah amalan standard yang dilaksanakan secara konsisten dan tidak bersifat diskriminatif.

“Premis SPRM tertakluk kepada Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 [Akta 298], yang memperuntukkan hanya individu dengan kebenaran, pas atau permit sah dibenarkan masuk serta tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan,” jelas kenyataan itu.

SPRM turut menafikan wujud isu gender dalam proses rakaman aduan atau pengambilan keterangan. Pegawai yang bertugas, katanya, terikat dengan profesionalisme, etika dan tatacara siasatan yang ditetapkan undang-undang.

Sehubungan itu, SPRM menolak cubaan memanipulasi SOP keselamatan bagi membina naratif kononnya Suruhanjaya menyekat proses pengaduan.

“SPRM kekal komited melaksanakan tanggungjawab secara profesional, bebas dan berintegriti selaras dengan peruntukan undang-undang serta prinsip keadilan,” tegas kenyataan itu. – 13 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related