◉ HEADLINES

Keputusan SMPC ke IPTA diputuskan Kabinet

Semua pelajar, tanpa mengira aliran sekolah, mesti memenuhi syarat asas, iaitu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk membenarkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah diputuskan Kabinet.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pelajar, tanpa mengira aliran sekolah, mesti memenuhi syarat asas, iaitu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Keputusan Kabinet (SMPC/UEC) dengan syarat Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM lulus. Jadi, kita bagi ruanglah, walaupun mungkin dengan beberapa kursus dulu, kerana dahulu hal ini tidak dipersetujui. Sekarang, bila sekolah Cina diterima, jadi kita pun terima baik. 

“Ini bukannya terpakai kepada UEC. (sahaja, tetapi) sekolah Arab, menengah, tahfiz dan sebagainya, semua syarat sama, termasuk sekolah antarabangsa melibatkan pelajar Malaysia. Cuma ada beberapa perincian yang sedang kita bincangkan…,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara 2026, di sini hari ini. 

Semalam, kerajaan dilaporkan bersetuju dengan beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan daripada luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA di negara ini. 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) ke IPTA.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata isu membabitkan kerakyatan pemain warisan perlu dibincangkan terlebih dahulu pada peringkat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri mengikut proses ditetapkan sebelum sebarang keputusan dibuat. – 15 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related