◉ HEADLINES

Tidak pernah ada PM berani selesaikan isu UEC kecuali Anwar: Loke

Menurut Loke, tiada Perdana Menteri sebelum ini yang berani bertindak walaupun sering menjanjikannya dalam manifesto

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu-satunya Perdana Menteri yang berani menangani dan menyelesaikan isu melibatkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang sudah berlarutan berpuluh-puluh tahun.

Menurut Loke, tiada Perdana Menteri sebelum ini yang berani bertindak walaupun sering menjanjikannya dalam manifesto.

“Saya tabik PM, beliau berani tangani isu ini, tidak pernah ada Perdana Menteri, tidak pernah ada kerajaan berani selesaikan isu ini.

“Bila PM laksanakan, mereka kata PM jual orang Melayu padahal semasa nak undi dari orang Cina, kamu setuju. Ini hipokrit.

‘Itu sebab saya tabik kepada Perdana Menteri. Beliau pemimpin yang berani. Orang kata dia tak tunaikan janji tapi saya kata dalam UEC, satu-satunya yang berani adalah Anwar Ibrahim,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan, di Johor hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata Buku Jingga yang merupakan manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada 2013 turut mengandungi janji pengiktirafan terhadap UEC untuk melayakkan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (Ipta).

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah mengangkat Buku Jingga pada 2013 yang mengandungi janji pengiktirafan UEC, begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Buku Harapan pada 2018.

“Antara manifesto dalam Buku Jingga iktiraf UEC. Kita nak ingatkan ahli PAS sendiri yang iktiraf, jangan putar belit. Hari ni PAS tak setuju, dia kata kita lawan Bahasa Melayu, tak hormat Bahasa Melayu,’’ katanya.

Loke memberitahu, UEC bukan bertujuan untuk menggantikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malah pelajar UEC juga mengambil peperiksaan berkenaan.

Jelasnya, fakta menunjukkan lebih 80 peratus pelajar UEC menduduki peperiksaan SPM termasuk 9,580 daripada 10,944 pelajar pada tahun lepas sekali gus meyakinkan Kabinet bahawa pelajar aliran tersebut tetap mengambil peperiksaan kebangsaan sebagai asas pendidikan mereka.

“Pelajar UEC juga duduk SPM… UEC ini setaraf dengan A-Level dan digunakan sebagai kelayakan masuk universiti tetapi syarat asas kita tetap mewajibkan calon memiliki SPM dengan sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu dan lulus subjek Sejarah,’’ katanya. – 17 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related