◉ HEADLINES

Ahli politik ‘tergelincir’ paling banyak mengeluh: Anwar

Sikap yang ditunjukkan oleh peniaga kecil ini secara tidak langsung membezakan mereka dengan pengusaha perniagaan besar dan ahli politik

12:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata orang politik yang tergelincir daripada landasan perjuangan asal adalah mereka yang paling banyak mengeluh berbanding peniaga kecil di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, sikap ditunjukkan peniaga kecil itu secara tidak langsung membezakan mereka dengan pengusaha perniagaan besar dan ahli politik.

“Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya peniaga kalau di peringkat rendah ini, keluhan dia sangat minimum.

“Yang besar-besar je yang banyak mengeluh dan yang mengeluh paling kuat orang-orang politik yang sudah tergelincir.

“Tapi kalau tengok saya tanya sendiri (penjaja), kebanyakannya dapat pinjaman RM10,000 pun sudah sangat bersyukur dan berterima kasih kepada badan-badan agensi ini,’’ katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pasar Tani Taman Melawati, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengarahkan agensi berkaitan mempergiat usaha turun padang bagi memberikan penerangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengenai kemudahan pembiayaan dan bantuan yang disediakan kerajaan.

Tegasnya, ia penting bagi memastikan golongan penjaja dan peniaga kecil tidak tercicir daripada menikmati pelbagai inisiatif yang diwujudkan khusus untuk membantu meningkatkan pendapatan dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Terdapat beberapa orang (peniaga) yang tidak tahu lagi mengenai kemudahan yang ada. Jadi saya minta agensi berkaitan turun dan berikan penjelasan,” katanya.

Tambah Anwar, golongan berkenaan perlu terus diberi perhatian kerana walaupun jumlah yang besar mencecah ratusan ribu orang, namun mereka tidak mempunyai saluran yang kuat untuk menyuarakan pandangan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 usahawan mikro yang melibatkan pinjaman hingga RM100,000, dengan kadar pembiayaan bagi skim tertentu serendah empat peratus setahun. – 23 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related