◉ HEADLINES

PAS panggil mesyuarat tergempar, bincang kedudukan dalam PN

Difahamkan antara pemimpin utama yang kelihatan hadir termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; dan Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad

3:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — PAS hari ini mengadakan satu mesyuarat tergempar peringkat tertinggi bagi membincangkan masa depan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN), sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai keutuhan pakatannya bersama Bersatu.

Menurut laporan Berita Harian, mesyuarat tertutup yang dipanggil dengan notis singkat itu bermula jam 11 pagi tadi di Kuala Terengganu.

Ia dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, serta membabitkan barisan kepimpinan tertinggi parti termasuk Biro Politik dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Antara pemimpin utama yang kelihatan hadir termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; dan Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad.

Suhu politik antara kedua-dua parti komponen Melayu-Islam itu dilaporkan mencecah paras ‘panas’ selepas Abdul Hadi secara terbuka menyatakan PAS akan menilai semula kerjasama mereka.

Ahli Parlimen Marang itu mendedahkan, langkah tersebut diambil susulan siri tindakan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menggugat semangat setia kawan dalam gabungan.

Mengulas pergolakan tersebut, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, pihaknya akan membawa isu hubungan dan kerjasama dengan PAS ini ke meja rundingan Biro Politik serta Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dalam masa terdekat untuk bedah siasat secara mendalam.

Ketika kedua-dua pihak kini mula ‘berkampung’ di sebalik pintu tertutup, masa depan blok pembangkang itu tampaknya kini berada di persimpangan jalan. – 24 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related