◉ HEADLINES

Jenazah Nur Izzati Humaira selamat disemadikan

Mayat remaja itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.59 pagi semalam kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)

9:00 AM MYT

 

TANJONG MALIM – Jenazah Nur Izzati Humaira Azizul, 19, remaja perempuan yang meninggal dunia selepas hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa, dekat sini, Sabtu lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, 3.05 pagi tadi.

Jenazah Nur Izzati Humaira dikebumikan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor pada jam 12.19 tengah malam.

Terdahulu, jenazah anak kedua daripada empat adik-beradik itu dibawa ke Masjid Ar-Riduaniah Felda Trolak Utara, di sini untuk disolatkan.

Bapa arwah, Azizul Abdul Aziz, 48, mengimamkan sendiri solat jenazah itu pada 2.20 pagi tadi bersama dengan kira-kira 50 jemaah di masjid berkenaan. 

Dalam pada itu, Azizul ketika ditemui media selepas selesai pengebumian anaknya berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan agensi yang terlibat dalam usaha mencari serta mendoakan supaya Nur Izzati Humaira ditemukan selepas kehilanganya pada 23 Mei lepas.

“Saya pun cemburu dengan anak saya, amalan apa yang dibuat, satu Malaysia mendoakan, memberikan ucapan yang positif. Terima kasih semua.

“Dan satu yang kami sekeluarga harapkan, teruskan berdoa dan janganlah ada spekulasi yang tak sepatutnya keluar daripada mulut kita,” katanya.

Beliau berkata sambutan Aidiladha tahun ini meninggalkan erti pengorbanan kepada keluarga berikutan kejadian yang menimpa anaknya. 

“Selepas ini akan saya ingati, apabila hari raya sahaja genaplah tahun-tahun kepergian Angah meninggalkan kami, tetapi apa-apa pun Angah tetap akan hidup dalam hati kami.

“Saya dan isteri menjadi saksi, Angah ialah anak yang terbaik untuk kami. Insya-Allah bermainlah di taman-taman syurga Angah,” katanya.

Semalam, mayat remaja itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.59 pagi, kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi, Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya.

Allahyarham dipercayai mengambil keputusan untuk berjalan sendirian bagi sampai lebih awal ke kaki bukit kerana berasa panas dan penat sebelum dilaporkan hilang. – 27 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related