◉ HEADLINES

Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar sekolah menengah, IPTA: Anwar

Soal pendidikan harus tetap diberikan keutamaan dan ia tidak boleh dikompromi, kata Perdana Menteri

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemberian baucar Buku Madani bernilai RM100 bagi pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan penuntut Insitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diteruskan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri memberitahu, ini kerana soal pendidikan tetap diberikan keutamaan di sebalik keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

“Dalam konsep Buku Madani, saya tiada pilihan. Saya beri tahu Kementerian Kewangan (MOF) , soal merit, soal buku dan pendidikan harus tetap diberikan keutamaan.

“Semua pelajar sekolah bawah KPM dan mahasiwa bawah KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) di seluruh negara akan tetap terima RM100 seorang. Fokus dalam pendidikan dan kita tidak boleh kompromi,’’ katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Menurut Anwar, bantuan RM100 itu akan disalurkan secara terus dan pelajar menikmati diskaun apabila membeli buku.

“Bantuan RM100 yang diberikan sejak beberapa tahun lepas, kini disalurkan secara terus. Jadi, apabila anda membeli buku, anda akan menikmati diskaun tersebut,” katanya.

Dalam ucapannya itu juga, Anwar mengingatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak menggunakan baucar tersebut dan mewajibkan mereka membaca.

“Manfaatkan baucar buku, bukan beli simpan dalam almari tapi beli dan mula membaca. Sebagaimana kita dilatih baca al-Quran satu muka surat sehari, buku juga wajibkan pada anak-anak.

“Budaya membaca jadi masalah dalam dunia moden ini, hilang minat membaca sebab baca dunia sosial. Cuba menjawab persoalan kompleks dalam 20 patah perkataan dan mencerca orang dengan 40 perkataan.

“Ini merugikan, ini bukan pendidikan dan bukan tradisi ilmu,’’ katanya. – 29 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related