◉ HEADLINES

SPRM teliti isu naik taraf Stadium Bukit Jalil

Ia susulan laporan yang dibuat oleh seorang kontraktor kepada SPRM berhubung isu naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil bernilai RM24 juta

3:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan berhubung proses penilaian dan pelaksanaan kerja naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil.
l
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan berkata, perkara itu kini dalam siasatan suruhanjaya berkenaan dengan penelitian sedang dilakukan terhadap maklumat dan dokumen berkaitan yang diterima sebelum tindakan lanjut diambil.

SPRM memberitahu, ia memandang serius dakwaan melibatkan unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang berkaitan kepentingan awam serta perolehan kerajaan.

“Kerjasama mana-mana pihak dialu-alukan, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan bagi memastikan proses penelitian dapat dijalankan secara menyeluruh dan profesional,” kata kenyataan itu hari ini.

Langkah berkenaan, kata SPRM penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat selain memastikan sebarang proses tindakan lanjut tidak terjejas.

Sebelum ini, portal media tempatan melaporkan seorang kontraktor telah membuat laporan kepada SPRM berhubung isu naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil bernilai RM24 juta yang dibangkitkan baru-baru ini.

Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya Selasa lalu melibatkan dua tender berkaitan persiapan Sukan SEA 2027.

Ia membabitkan trek larian baharu dan sistem lantai pelindung yang digunakan semasa konsert serta acara besar. – 29 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related