◉ HEADLINES

Tuanku Muhriz terima menghadap Aminuddin, pertemuan rutin hampir dua jam

Mesyuarat mingguan di Istana Hinggap berlangsung ketika PH giat bersiap menghadapi PRN, susulan tekanan politik terhadap kerajaan negeri

1:11 PM MYT

 

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Istana Hinggap, pagi tadi.

Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu mencuri perhatian kerana berlaku dalam suasana politik negeri yang semakin tegang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Aminuddin tiba di istana sekitar jam 9 pagi dan keluar kira-kira dua jam kemudian. Beliau ketika ditemui pemberita menegaskan pertemuan itu adalah rutin mingguan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Mesyuarat biasa hari Rabu,” katanya ringkas, seolah-olah mahu menutup ruang spekulasi.

Namun latar belakang pertemuan ini tidak dapat dipisahkan daripada perkembangan politik semasa. Semalam, pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilaporkan bermesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin menjelaskan mesyuarat itu bertujuan memperkukuh persediaan menghadapi PRN yang semakin hampir.

Kedudukan kerajaan negeri kini menjadi perhatian selepas beberapa siri tindakan politik termasuk penarikan sokongan oleh sebahagian ADUN Umno-BN terhadap Aminuddin.

Walaupun beliau masih menerajui pentadbiran, tekanan daripada blok pembangkang dan ketidakpastian sokongan menjadikan setiap pertemuan dengan Tuanku Muhriz penuh makna politik. – 3 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related