◉ HEADLINES

Warga Rohingya didakwa rompak rumah Razif Sidek

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan

2:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang buruh warga Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak kediaman legenda badminton negara Datuk Razif Sidek dengan bersenjatakan pisau, bulan lepas.

Tertuduh, Mohamad Fawyas Yasin, 27, didakwa merompak harta milik Datuk Mohamad Razif Mohd Sidek, 64, dengan bersenjatakan pisau, di sebuah rumah di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail pada 12.20 tengah hari, 19 Mei.

Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu adalah serius selain kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) milik tertuduh telah tamat tempoh.

“Sekiranya jaminan dibenarkan dan tertuduh tidak hadir ke mahkamah, sukar untuk menjejaki keberadaannya memandangkan dia tidak mempunyai alamat tetap. Selain itu, tertuduh juga mengetahui alamat mangsa dan saksi, jadi dikhuatiri saksi-saksi akan diganggu,” katanya.

Sementara itu, Peguam Mansheel Kaur yang mewakili Mohamad Fawyas memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai buruh dan berpendapatan RM50 sehari dan perlu menyara isteri yang tidak bekerja serta seorang anak berumur 10 bulan.

“Tertuduh tinggal di negara ini selama 15 tahun dan berhubung dengan kad UNHCR, kad tersebut dalam proses untuk diperbaharu,” kata peguam itu.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan tiada kad UNCHR yang sah untuk dipertimbangkan mahkamah dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes. – 12 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related