◉ HEADLINES

RM600,000 diperlukan roboh ‘flat’ dihuni komuniti Rohingya di Sungai Tekali

Mohd Sany berkata sebaik sahaja mendapat bajet kerajaan negeri, operasi perobohan akan dilakukan oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan agensi di peringkat daerah

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM600,000 diperlukan bagi merobohkan bangunan kediaman empat tingkat yang dibina secara tidak sah dan didiami oleh komuniti Rohingya di kawasan terpencil di Sungai Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah, sebaik sahaja mendapat bajet daripada kerajaan negeri, operasi perobohan akan dilakukan oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan agensi di peringkat daerah.

“Kertas kerja perobohan bangunan itu dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan kini sedang menunggu bajet daripada kerajaan negeri,’’ katanya, dipetik dari Buletin TV3.

Kebelakangan ini isu mengenai pelarian Rohingya hangat diperkatakan dan dibincangkan di media sosial.

Terbaharu, etnik Rohingya didakwa membina kediaman seakan flat empat tingkat secara tidak sah di kawasan terpencil di Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat.

Perkara berkenaan didedahkan oleh penyampai radio dan pelakon Azad Jasmin yang kebetulan melalui jalan terbabit.

Berikutan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bangunan itu bakal dirobohkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

Ia turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan etnik Rohingya supaya mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan atau berdepan tindakan tegas termasuk dalam hal berkaitan aspek premis bangunan dan pengendalian perniagaan.

Menurut Perdana Menteri, meskipun Malaysia mengambil pendekatan berperikemanusiaan namun golongan itu tetap tertakluk kepada sistem perundangan negara.

Dalam pada itu, Mohd Sany berkata,, kerajaan bersama-sama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) perlu mencari satu jalan penyelesaian bagi menyelesaikan isu pelarian Rohingya di Malaysia.

“Kita boleh tangkap dan tempatkan mereka di kem tahanan. Tetapi bila ditangkap dan ditempatkan di kem tahanan itu, kos yang kita kena tanggung untuk seorang di kem tahanan adalah sebanyak RM90 sehari.

“Kemudian, kita tidak boleh nak hantar mereka balik ke negara asal. Kalau kita hantar balik, hukuman (dikenakan kepada mereka) mati.

“Ia tidak sama seperti pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam atau dari negara lain,” katanya. – 12 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related