◉ HEADLINES

Selepas berbalas kenyataan di media sosial, Onn Hafiz dan Anthony Loke bersemuka

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas berbalas kenyataan di media sosial akhirnya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghani bersemuka pada Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen Keretapi Kulai, hari ini.

Loke dan Onn Hafiz bersalaman dan berbual mesra sebelum menyampaikan ucapan masing-masing.

Dalam ucapannya, Onn Hafiz mengalu-alukan kehadiran Loke dan pasukannya ke negeri Johor.

Onn Hafiz berkata, beliau telah menyemak dan menyusun semula jadualnya selepas menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut dalam tempoh yang singkat.

“Apa jua keadaannya, kita memahami situasi yang berlaku, dan dalam suasana luar biasa seperti ini, kita mesti kekal profesional serta bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai kerajaan demi kesejahteraan rakyat, khususnya di Johor,” katanya.

Onn Hafiz dan Loke sebelum ini mendapat perhatian selepas mereka berbalas kenyataan di media sosial berhubung hubungan Umno-Barisan Nasional (BN) dengan DAP, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang dijadualkan pada 11 Julai ini.

Ia bermula apabila Onn Hafiz dalam ucapan pada majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Kota Iskandar, Johor Bahru, baru-baru ini menegaskan beliau lebih rela melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan negeri.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa pendirian tersebut bermotifkan perkauman.

“Saya lebih rela tidak memegang jawatan menteri besar daripada duduk semeja dengan mereka.

“Jika diberi mandat sekali lagi, kita tidak sesekali akan bersama-sama DAP dalam kerajaan. Ini bukan isu emosi atau perkauman, tetapi pendirian politik BN Johor,” kata Onn Hafiz.

Mengulas mengenai perkara itu, Loke kemudiannya membalas kenyataan itu dan menyifatkan ia sebagai satu keangkuhan sedangkan setiap minggu Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi duduk bersama dalam Mesyuarat Kabinet.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP……Hebat! Teruskan keangkuhan kamu.

“Tapi, Presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya…harap maklum…terima kasih,’’ demikian sindiran beliau yang dimuatnaik menerusi Facebooknya.

Bagaimanapun Loke kemudiannya menjemput On Hafiz untuk bersama-sama beliau menaiki Komuter Selatan dari Kulai ke Johor Bahru, sempena pelancaran perkhidmatan berkenaan. – 16 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related