◉ HEADLINES

Jamal jelaskan penghakiman tertunggak RM66,600 kepada Teresa Kok, lelongan harta ditangguhkan

Dengan pembayaran berkenaan, lelongan awal melibatkan harta Jamal yang dijadualkan pada Isnin ini ditangguhkan sementara menunggu penjelasan (clearance) cek tersebut

2:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos telah menjelaskan penghakiman tertunggak berjumlah RM66,600 dalam kes saman fitnah kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, semalam.

Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Kok berkata, cek berkenaan diserahkan pada jam 5 petang sebagai penyelesaian kepada hutang penghakiman tersebut.

Berikutan itu, katanya, lelongan awam yang dijadualkan pada Isnin ini telah ditangguhkan dan tidak diteruskan buat sementara waktu sementara menunggu penjelasan cek terbabit.

Menurut Nair, penghakiman tertunggak RM66,600 itu merupakan kos dalam kes saman itu.

“Hutang penghakiman akan dianggap telah dijelaskan sepenuhnya dan prosiding lelongan akan dibatalkan sewajarnya, tertakluk kepada cek tersebut berjaya dijelaskan,” katanya, memetik laporan Bernama.

Beliau turut memaklumkan pihak-pihak terbabit merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat, dalam membantu penyelesaian perkara itu.

Pada 12 Jun lepas, Nair berkata sebanyak 14 harta alih yang telah disita dari kediaman Jamal akan dilelong 22 Jun ini pada 10 pagi, selepas beliau gagal menjelaskan penghakiman tertunggak berkenaan.

Pada 30 Julai 2024, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Jamal bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM300,000 kepada Kok. – 20 Jun, 2026

Pada 26 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Arief Emran Arifin memerintahkan Jamal membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 dan kos RM50,000 kepada Kok, selepas membenarkan tuntutan samannya terhadap Jamal berhubung dakwaan menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Kok memfailkan saman itu pada 6 April 2017 yang mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) semasa sidang media pada 8 Mac tahun yang sama.

Menerusi pernyataan tuntutan, Kok mendakwa kenyataan fitnah itu disebarkan menerusi media cetak dan elektronik, termasuk melalui akaun Facebook Jamal, yang memberi gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi serta merupakan seorang yang tidak beretika. – 20 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related