◉ HEADLINES

PM dapat komitmen dari Putin, jamin keperluan jangka panjang tenaga ke Malaysia

Anwar berkata merupakan sesuatu yang melegakan kerana bekalan tenaga merupakan cabaran baharu yang dihadapi negara

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia mendapat komitmen daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin yang bersetuju mengadakan perjanjian jangka panjang untuk membekalkan tenaga ke negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, jaminan berkenaan dibuat ketika pertemuan dua hala dan empat mata diadakan antara beliau dengan Putin, sempena lawatan ke Rusia, pada Selasa.

Perkara berkenaan, katanya merupakan sesuatu yang melegakan kerana bekalan tenaga merupakan cabaran baharu yang dihadapi negara.

“Di Kazen, Rusia, dalam pertemuan kemuncak di antara kepimpinan Asean dengan Presiden Putin, saya ada juga berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dan empat mata.

“Saya ucap terima kasih dan dua perkara saya sebut pada Putin, pengalaman kita dengan Rusia, betapa sukar sekali pun dia menunaikan komitmen yang telah dibuat dan apa yang dijanjikan, dia tunaikan dengan baik.

“Ini termasuk janji terakhir bahawa Presiden Putin beritahu saya dia setuju ada perjanjian jangka panjang menjamin pembekalan tenaga kepada Malaysia,’’ katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Butterworth, hari ini.

Pada Selasa, Anwar mengadakan mesyuarat dua hala dengan Putin di Kazan, Rusia dan dalam pertemuan itu, beliau turut menyatakan penghargaan kepada Presiden Rusia atas pendirian konsisten negara berkenaan berhubung isu Gaza dan situasi geopolitik semasa yang melibatkan Iran.

Selain itu, sektor tenaga antara fokus utama dalam perbincangan itu, dengan Anwar menekankan peluang kerjasama dalam industri minyak dan gas, termasuk aktiviti hiliran, penapisan dan petrokimia, memandangkan Tatarstan merupakan salah satu wilayah pengeluar minyak utama Rusia.

Anwar berada di Kazan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Rusia ke-35. – 20 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related