◉ HEADLINES

Ribut Bercham: Polis tutup lima zon kawasan bencana, aktiviti pergerakan dihadkan

Setakat pagi tadi, polis menerima 492 laporan mengenai kejadian ribut dan tidak menghadkan tempoh untuk mangsa membuat laporan

3:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menutup lima zon dalam kawasan bencana yang terjejas akibat ribut di sekitar Bercham, Ipoh, dan mengehadkan pergerakan keluar masuk bagi mengelak kecurian harta benda atau pecah masuk rumah mangsa di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah, kelonggaran diberikan kepada penduduk yang mahu keluar dan masuk ke kawasan terjejas bagi membersihkan kediaman mereka pada waktu malam.

“Kita akan lebih ketat (mengehadkan pergerakan) pada waktu malam sebab ada kawasan yang terjejas antaranya di Anjung Bercham masih lagi tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Jika ada penduduk hendak kemas rumah atau barang pada waktu malam, kita akan pantau. Kita akan tanya dia sama ada itu betul rumah dia sebab kita risau juga ada kejadian kalau dia kemas tapi sebenarnya dia mencuri,” katanya pada sidang media selepas meninjau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Balai Polis Bercham, hari ini.

Setakat 8 pagi ini, kata beliau, polis menerima 492 laporan mengenai kejadian ribut yang berlaku menerusi Op Bencana dan tidak mengehadkan tempoh untuk mana-mana mangsa untuk membuat laporan.

Semalam, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran berkata, ribut yang melanda kawasan berkenaan semalam disifatkan sebagai luar biasa hingga menjejaskan lebih 200 rumah.

Kejadian itu, katanya,tidak pernah dilaporkan sebelum ini dan dipercayai berpunca daripada fenomena ‘belalai darat’.

“Sepanjang pengetahuan kita, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku di kawasan ini. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini ada juga beberapa kawasan dilanda ribut, tetapi biasanya melibatkan pokok tumbang atau kerosakan kecil.

“Namun kali ini agak berbeza kerana kesannya lebih teruk dan menyerupai taufan kecil,” katanya. – 21 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related