◉ HEADLINES

Individu hilang pekerjaan berpeluang tingkat kemahiran menerusi program TVET: Ramanan

Ribuan yang hilang pekerjaan antaranya meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, akan turut dibantu menerusi program carian pekerjaan MYFutureJobs di bawah Perkeso

3:42 PM MYT

 

JOHOR BAHR – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) akan memastikan individu yang hilang pekerjaan susulan krisis bekalan global, berpeluang meningkatkan kemahiran dan latihan kemahiran baharu menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata ribuan yang hilang pekerjaan antaranya meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan, akan turut dibantu menerusi program carian pekerjaan MYFutureJobs di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Selepas itu mereka akan menjalani padanan pekerjaan dan kita akan pastikan padanan pekerjaan itu bersesuaian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Perabot Madani dan Program KALVI Madani di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Yahya Awal, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Ramanan berkata sebagai mengulas pertanyaan mengenai langkah Kesuma dalam menyediakan program peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran baharu kepada mereka yang hilang pekerjaan susulan krisis bekalan global.

Sementara itu, Ramanan berkata sebanyak 39,692 murid dan 5,290 orang guru di 361 buah SJKT berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bakal menerima manfaat Inisiatif Perabot Madani dengan peruntukan RM12.8 juta.

Menurutnya, 14 jenis kelengkapan perabot berkualiti tinggi termasuk meja, kerusi, kabinet dan kipas akan dibekalkan secara berperingkat bermula bulan ini hingga Ogos depan.

Bagi Program KALVI Madani yang antaranya merangkumi tuisyen percuma, sokongan nutrisi, pemberian kit dan peranti pembelajaran serta penghargaan kebajikan guru pula, beliau berkata ia melibatkan peruntukan RM8 juta.

“Program ini direka secara bersasar untuk memberi manfaat kepada hampir 10,410 murid India di 315 buah SJKT terpilih,” katanya. – 23 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related