◉ HEADLINES

Hina Agong di Facebook, pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan, denda RM50,000

Mahkamah Sesyen Kuching tegaskan kesalahan terhadap institusi negara perlu dipandang serius, telefon bimbit tertuduh turut dilucut hak

4:08 PM MYT

 

KUCHING – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM50,000 selepas mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong melalui hantaran di Facebook.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman terhadap Raden Mohamad Norhakim, 46, di Mahkamah Sesyen Kuching hari ini, dengan perintah tambahan penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Telefon bimbit yang digunakan turut dilucut hak kepada kerajaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memuat naik kenyataan berunsur penghinaan yang menuduh Agong gagal bertindak terhadap pihak menghina Islam, selain mengandungi kata-kata menghina pemimpin negara.

Hantaran itu dikesan oleh pegawai MCMC pada 12 Februari 2025 sebelum siasatan membawa kepada serbuan pada 17 Jun.

Dalam rayuannya, tertuduh mendakwa terpengaruh dengan perbincangan di media sosial dan memohon hukuman diringankan. Namun, Hakim Iris menegaskan kesalahan melibatkan kepentingan awam perlu dipandang serius.

“Anda perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong. Tiada gunanya meminta maaf kepada mahkamah kerana kesannya telah berlaku,” katanya.

Pegawai pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd Zameri, menegaskan hukuman setimpal wajar dikenakan sebagai pengajaran agar masyarakat lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial. – 24 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

The Formula for F1’s return to Sepang – Dr Helmy Haja Mydin

The biggest race turnout at the SIC to date is enough cause to consider a resurrection of the Malaysian GP

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Shadow AI in public sector raises questions over governance and data security – KV Soon

Concerns emerge over the use of AI agents linked to an official work email, highlighting the need for stronger oversight, accountability and safeguards

◉ Related