◉ HEADLINES

Exco Kedah Haim Hilman mengaku tidak bersalah buat kenyataan cetus kebimbangan awam

Haim Hilman, didakwa membuat kenyataan berkenaan pada 13 Jun lepas di Markas PAS Seremban

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra, Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mencetuskan kebimbangan awam, pada 13 Jun lalu.

Haim, 53, yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengeluarkan kenyataan:

‘Apa berlaku di IPTA hari ini? Universiti sedang menjual tempat-tempat untuk anak-anak kita kepada orang ada duit. Hari ini ada satu pintu masuk kat IPTA, pintu belakang, UPU dia tak layak, UPU dia tak sampai tahap ikut merit dia kalah. Tapi ayah dia orang kaya, keluarga dia ada duit’.

‘Bukan salah ibu ayah yang ada kemampuan, salah kerajaan tidak menambah tempat di universiti. Dah tahu orang makin ramai pandai, jumlah di fakulti tidak ditambah. Inilah bala yang sedang melanda negara kita’, yang dipetik dari Harian Metro.

@scoopdotmy

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa boleh mencetuskan kebimbangan awam. Beliau didakwa membuat kenyataan berhubung dakwaan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dalam satu ceramah di Markas PAS Seremban pada 13 Jun lalu. #mahkamah #HaimHilman #Kedah #IPTA

♬ original sound – Scoopdotmy

Haim didakwa membuat kenyataan berkenaan dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam sehingga berkemungkinan boleh menjejaskan ketenteraman awam antara 8 malam hingga 12 tengah malam, 13 Jun lepas di Markas PAS Seremban, Jalan Jelebu, Negeri Sembilan.

Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Haim yang diwakili peguam Mohd Fauzi Che Abu memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dan memaklumkan tertuduh sebagai Exco kanan Kerajaan Negeri Kedah, kerap menggunakan pasport bagi menjalankan urusan rasmi kerajaan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ) memandang serius beberapa tuduhan oleh Adun Jitra itu dan sedang meneliti serta mempertimbangkan tindakan serta prosedur perundangan yang sewajarnya.

Menurutnya, ia bagi mempertahankan integriti kementerian, universiti awam dan sistem pendidikan tinggi negara daripada fitnah serta tuduhan yang tidak berasas. – 25 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

◉ Related