◉ HEADLINES

Laman web Kementerian Kesihatan digodam, orang ramai diminta elak akses

'Jangan klik sebarang pautan mencurigakan atau muat turun fail daripada laman tersebut,' pesan KKM

9:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan laman sesawang rasminya www.moh.gov.my. telah digodam dan tindakan segera sedang diambil.

Dalam kenyataannya, KKM turut meminta orang ramai untuk mengelak daripada mengakses laman sesawang berkenaan buat masa ini.

“Jangan klik sebarang pautan mencurigakan atau muat turun fail daripada laman tersebut.

“Maklumat kesihatan rasmi akan dikongsi melalui saluran rasmi KKM yang lain seperti platform media sosial,’’ katanya.

KKM turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan akan memaklumkan perkembangan seterusnya secepat mungkin dengan kKeselamatan data dan penyampaian perkhidmatan awam adalah keutamaannya.

Dalam pada itu, carian yang dibuat menerusi Google mendapati terdapat laman web berkenaan memaparkan tajuk “HACKED BY MUSHR00W”, diikuti mesej,”We are Anonymous. We are Legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us.”

Laman web tersebut juga kini tidak boleh diakses. – 27 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related