◉ HEADLINES

Malaysia lakar sejarah, negara pertama di dunia tubuh Tribunal Antibuli

Tribunal Anti-Buli ini merupakan pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani kes melibatkan kanak-kanak dan remaja

4:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan negara pertama di dunia menubuh Tribunal Antibuli, selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengekang budaya buli, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata penubuhan Tribunal Antibuli merupakan mekanisme khusus dan efektif bagi menangani isu buli secara menyeluruh.

Tribunal itu juga, katanya, pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani kes melibatkan kanak-kanak dan remaja.

“Negara lain tidak mempunyai tribunal seperti ini… tribunal gangguan seksual memang ada tetapi Tribunal Antibuli belum pernah diwujudkan.

“Kerajaan Madani menyedari bahawa kita tidak boleh membenarkan budaya buli berleluasa. Sebab itu kita mewujudkan tribunal ini sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani kes melibatkan kanak-kanak dan remaja,” katanya kepada Bernama selepas Program Literasi Antibuli Negeri Johor di sini hari ini.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata penubuhan badan kuasi-kehakiman itu bertujuan mengatasi cabaran sistemik dalam pengendalian kes buli sivil di mahkamah biasa yang kadangkala mengambil masa sehingga sembilan tahun untuk diselesaikan.

Beliau berkata Akta Antibuli 2026 (Akta 876) digubal berteraskan pendekatan restoratif yang bukan sahaja memberi perlindungan dan pemulihan kepada mangsa, malah mengambil kira faktor latar belakang pelaku yang mungkin berdepan isu persekitaran tertentu.

“Kadangkala pelaku dan mangsa mempunyai latar belakang serta masalah tertentu, termasuk isu keluarga. Jadi, kita mahu mengimbangi kepentingan kedua-dua pihak tanpa mengabaikan keperluan untuk mengambil tindakan terhadap perlakuan buli,” katanya.

Mengenai buli siber, Azalina berkata tribunal berkenaan akan menilai setiap kes yang dirujuk termasuk permohonan berkaitan kandungan dalam talian berdasarkan fakta dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Azalina berkata Akta Antibuli 2026 dan Tribunal Antibuli kini telah berkuat kuasa secara rasmi mulai 16 Jun lepas dan terpakai kepada individu berumur 18 tahun ke bawah.

Bagaimanapun, katanya kerajaan akan terus menilai keperluan untuk memperluas skop pelaksanaannya pada masa hadapan. – 27 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Jakim, Islamic affairs get RM2 bil under Budget 2025

This includes maintenance for educational infrastructure under dept, increased Kafa teacher quota, rehabilitation for GISB kids

◉ Related