◉ HEADLINES

Dakwaan negeri dianaktirikan fitnah: PM

Perdana Menteri menegaskan semua negeri menerima lebih dana berbanding hasil cukai

11:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri menegaskan dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan tidak adil kepada negeri‑negeri adalah tidak berasas, sambil menyatakan semua negeri menerima lebih banyak dana berbanding hasil cukai yang dikutip.

“Tidak benar sama sekali tohmahan bahawa negeri‑negeri tertentu dianaktirikan atau dipinggirkan,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberi contoh Kelantan yang mencatat purata hasil RM946 juta bagi 2023–2025, tetapi menerima perbelanjaan persekutuan RM8.9 bilion.

Kedah pula menyumbang RM3.7 bilion hasil, namun memperoleh RM9.5 bilion peruntukan.

“Kerajaan Madani‑lah yang memberikan peruntukan tertinggi untuk negeri‑negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan berbanding sebelumnya,” tegasnya.

Anwar turut menyentuh rundingan bersejarah dengan Sarawak, termasuk penyerahan Pelabuhan Bintulu dan bayaran tunai RM1.8 bilion oleh kerajaan negeri kepada Persekutuan.

“Ini julung‑julung kali dalam sejarah sebuah kerajaan negeri menyerahkan cek tunai kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya menjawab pertanyaan diajukan Datuk Sri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman).

Dalam jawapan tambahan, Perdana Menteri mengesahkan rundingan pemberian khas untuk Sarawak sedang diteruskan, selepas kadar interim Sabah dinaikkan kepada RM1.5 bilion.

“Memang wajar diberi peningkatan berdasarkan semangat Perjanjian Malaysia 1963,” ujarnya. – 30 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related