◉ HEADLINES

PAS desak Jho Low diekstradisi

PAS mendesak ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, segera diekstradisi ke Malaysia, menegaskan kesalahan besar itu perlu diadili, meskipun beliau dilaporkan antara individu dijangka menerima pengampunan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

12:09 PM MYT

 

PASIR MAS – PAS menuntut ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho (Jho Low), segera diekstradisi ke Malaysia untuk berdepan pendakwaan, susulan laporan beliau antara individu dijangka menerima pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kesalahan Jho Low memberi kesan besar kepada negara.

“Dalam konteks ini kita ada perundangan tersendiri dan tidak semestinya kita sama dengan Amerika Syarikat. Negara kita sangat terkesan dengan kesalahan yang dilakukan Jho Low dan kesannya sangat besar kepada ekonomi.”

Beliau menambah, proses perundangan mesti berjalan tanpa kompromi.

“Justeru kita desak ahli perniagaan itu didakwa segera. Bersalah atau tidak itu perkara lain sebaliknya beliau perlu diadili terlebih dahulu.”

“Kesalahan yang dilakukan Jho Low tiada kaitan dengan Amerika Syarikat sebaliknya duit dan dana dari negara kita. Jadi kita harap beliau didakwa, kita ada hubungan antara negara untuk ekstradisi ahli perniagaan itu.”

Tuan Ibrahim berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Mas. Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan berganjak daripada pendirian terhadap Jho Low, meskipun sekiranya beliau diberi pengampunan oleh Presiden AS.

Anwar menekankan bahawa keputusan pengampunan adalah urusan dalaman Amerika Syarikat, namun Malaysia tetap berpegang kepada proses perundangan dalam menangani kes membabitkan Jho Low. – 4 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Gunung Tahan tragedy: Widow fights for answers after husband’s death

Three years after Raja Azlan Shah died on Gunung Tahan, his widow is still chasing the truth — and those she believes failed him

◉ Related