◉ HEADLINES

Anwar umum RM2 bilion selesai hutang, rumah generasi baharu Felda

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umum tujuh berita gembira bernilai RM2 bilion termasuk hapus hutang RM990 juta, perumahan generasi baharu, kebajikan petugas dan digitalisasi Felda

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Warga Felda bakal menikmati durian runtuh selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh berita gembira membabitkan RM2 bilion termasuk bantuan perumahan generasi baharu, kebajikan petugas serta penyelesaian hutang lama.

Beliau menegaskan inisiatif bagi meningkatkan kesejahteraan hidup warga Felda itu merangkumi manfaat melalui Koperasi Permodalan Felda (KPF), literasi digital, pendidikan dan kesihatan, selain menyelesaikan hutang RM990 juta yang membelenggu agensi itu sejak sekian lama.

“Tidak adil untuk menyalahkan peneroka kerana yang berlaku ialah kelemahan pengurusan. Sebab itu kerajaan mengambil tanggungjawab membantu Felda dan memastikan tadbir urus diperkukuh.

Justeru, sebanyak RM990 juta disediakan bagi membiayai bayaran balik pinjaman termasuk penghapusan hutang peneroka, selain menyalurkan lebih RM1 bilion lagi pada tahun 2027,” katanya sempena Sambutan Hari Peneroka dan Ulang Tahun Ke-70 Felda di Maran semalam.

Perumahan generasi baharu

Anwar berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyelesaikan isu legasi perumahan generasi baharu melalui lima inisiatif strategik, termasuk cadangan pindaan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 bagi membolehkan lebih daripada sebuah rumah dibina di atas satu lot.

“Langkah itu membolehkan pemilik mendapatkan penyambungan bekalan air dan elektrik dengan segera,” katanya, merujuk proses pemutihan terhadap kira-kira 8,000 unit rumah siap dibina dan diduduki sehingga 31 Disember 2025.

Kerajaan turut meluluskan RM150 juta bagi meneruskan pembinaan 554 unit rumah terbengkalai di Johor dan Terengganu, serta tambahan RM20 juta untuk Projek SKF di Kedah (86 unit) dan Negeri Sembilan (100 unit).

“Bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan generasi baharu Felda terbela, saya meluluskan tambahan RM20 juta untuk menyelesaikan projek ini,” katanya, sambil menegaskan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang bermula sejak 2013 akan dipantau lebih ketat selepas banyak mengalami kelewatan.

Lot dan kebajikan warga Felda

Anwar turut menekankan isu lot generasi Felda akan dibincangkan dalam Mesyuarat Perdana Menteri bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri Ogos ini, melibatkan kos infrastruktur dan pemberimilikan tanah.

“Sebanyak 31,954 lot telah dikenal pasti di beberapa negeri, namun lebih 21,000 lot masih belum menerima hak milik,” katanya.

Kerajaan juga meluluskan RM450 juta bagi membaik pulih dan membina rumah baharu petugas Felda secara berperingkat, serta RM15.85 juta untuk meningkatkan kemudahan digital di 317 rancangan Felda.

“Kerajaan juga bersetuju mengembalikan model asal penjualan minyak sawit mentah sebelum penyenaraian FGV bagi meningkatkan keuntungan kilang sawit dan KPF. Ia dijangka menjana tambahan pendapatan sebanyak RM42 juta kepada warga peneroka,” katanya. – 9 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related