◉ HEADLINES

Kes tikam pelajar: Remaja tiba di Mahkamah Telok Datok

Tertuduh tiba di mahkamah pada jam 8.32 pagi dengan kawalan ketat polis selepas direman empat hari, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan

9:38 AM MYT

 

BANTING – Seorang remaja perempuan yang didakwa menikam rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di Banting, Kuala Langat, dibawa ke Mahkamah Telok Datok pagi ini bagi menghadapi pertuduhan.

Tertuduh tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.32 pagi dengan kawalan ketat anggota polis selepas direman empat hari bermula 7 Julai lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Pengamal media yang menunggu sejak awal pagi tidak dibenarkan masuk kerana tertuduh masih di bawah umur.

Insiden tikaman itu berlaku Isnin lalu melibatkan seorang pelajar Tingkatan Tiga yang cedera di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Banting. Difahamkan, rasa tidak puas hati terhadap rakan menjadi punca kejadian, namun siasatan awal polis menolak kaitan dengan unsur buli.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan keterangan daripada beberapa individu serta 10 pelajar yang namanya tersenarai dalam nota tular di media sosial telah diambil, dan mendapati kes berkenaan lebih kepada perselisihan peribadi.

Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mengesahkan suspek ditahan polis, manakala mangsa diberi rawatan segera. – 10 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related