◉ HEADLINES

‘Diberi tahi dibalas bunga’ ucapan selamat ulang tahun PMX kepada Tun M cetus pujian netizen

Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Instagram kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun ke-101 mengundang ratusan pujian, meskipun kedua-duanya dikenali sebagai seteru politik

1:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian apabila mengucapkan selamat ulang tahun ke-101 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perkongsian di Instagram, meskipun kedua-duanya dikenali sebagai seteru politik tanah air.

“Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatanNya, Insya-Allah.”

Ucapan ringkas itu segera mengundang ratusan respons daripada netizen yang memuji tindakan Anwar, melihatnya sebagai simbol akhlak dan kematangan politik.

Seorang pengguna, arf.ammara, menulis:

“Diberi tahi, dibalas bunga. Itulah akhlak yang sepatutnya kita usahakan. Kita hanyalah manusia yang tiada daya dan upaya; setiap ilham, pergerakan dan pemikiran semuanya dengan izin Allah. Semoga Allah membimbing kita untuk mencontohi akhlak Rasulullah dan para sahabat, kerana akhlak yang mulia adalah antara asbab turunnya hidayah dan rahmat Allah.”

Tun Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah. Beliau mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat — pertama kali dari tahun 1981 hingga 2003, dan sekali lagi dari 2018 hingga 2020.

Kepimpinannya selama lebih dua dekad pada era pertama dikenang sebagai tempoh pembangunan pesat negara, manakala kemunculan semula beliau pada usia lebih 90 tahun menjadikan Tun sebagai pemimpin tertua di dunia yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri.

Bagi ramai pemerhati, momen ucapan ulang tahun daripada Anwar ini bukan sekadar doa, tetapi simbol bahawa dalam politik yang sering tegang, masih ada ruang untuk adab, penghormatan dan kemanusiaan. – 10 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

◉ Related