◉ HEADLINES

Kes tikam pelajar: Remaja didakwa atas cubaan membunuh, diarah jalani pemeriksaan mental

Pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau seumur hidup, jika sabit kesalahan

2:09 PM MYT

 

BANTING – Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini, Isnin lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Syafiq Yazid berkata tiada pengakuan direkodkan daripada remaja 15 tahun itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan cubaan membunuh ke atas seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dengan menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan dan perbuatan itu mempunyai niat untuk menyebabkan kematian pada 9.50 pagi, di sebuah sekolah menengah di Banting, 6 Julai lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda atau penjara hingga 20 tahun, atau boleh dihukum dengan hukuman mati jika kecederaan dilakukan dan tertuduh tertakluk kepada hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, remaja perempuan terbabit tiba di mahkamah kira-kira 8.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Pihak media yang tiba lebih awal tidak dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti prosiding pendakwaan memandangkan kes berkenaan melibatkan tertuduh juvana.

Pendakwaan dikendalikan oleh Muhammad Amirul Syafiq, manakala tertuduh diwakili peguam.

Dalam prosiding secara tertutup itu, mahkamah turut memerintahkan remaja berusia 15 tahun itu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak.

Mahkamah turut menetapkan 11 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Muhammad Amirul Syafiq ketika ditemui media di luar mahkamah berkata permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Semalam, media melaporkan rasa tidak puas hati yang dipendam terhadap rakan dipercayai menjadi punca kejadian kes tikam seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Banting, Kuala Langat, Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata bagaimanapun berdasarkan siasatan awal, termasuk keterangan direkodkan daripada beberapa individu serta 10 pelajar yang namanya tersenarai dalam nota tular menerusi media sosial, mendapati kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan unsur buli.

Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting telah ditahan pihak polis, manakala pelajar perempuan yang cedera diberikan rawatan di Hospital Banting. – 10 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related