◉ HEADLINES

PRN Johor : Polis terima 90 laporan, 25 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh kempen – KPN

Kebanyakan kes yang dilaporkan sehingga semalam melibatkan kesalahan kecil seperti vandalisme, kerosakan terhadap bahan kempen, perbuatan khianat termasuk menurunkan, merosakkan dan membakar bendera parti politik

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menerima 90 laporan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan telah membuka 25 kertas siasatan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Menurut Mohd Khalid, laporan yang diterima setakat ini bagaimanapun tidak melibatkan calon atau pemimpin parti politik.

Jelasnya, kebanyakan kes yang dilaporkan sehingga semalam melibatkan kesalahan kecil seperti vandalisme, kerosakan terhadap bahan kempen, perbuatan khianat termasuk menurunkan, merosakkan dan membakar bendera parti politik.

Kes berkenaan, kata beliau, disiasat mengikut Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“Kebanyakan kes ini adalah kes kecil yang saya percaya tidak akan menimbulkan keresahan atau ketegangan dalam kalangan pengundi mahupun petugas pilihan raya,” katanya selepas melawat pusat mengundi di SMK Taman Molek, Johor Bahru hari ini.

Beliau turut memberitahu, seramai kira-kira 14,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di seluruh Johor bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kawalan lalu lintas sepanjang hari pengundian bagi PRN Johor ke-16.

Daripada jumlah itu, katanya, lebih 5,600 pegawai dan anggota dibawa masuk dari kontinjen polis seluruh negara bagi memperkukuh kekuatan Polis Johor.

“Menjadi tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada polis untuk memastikan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan kawalan lalu lintas berada pada tahap tertinggi supaya lebih 2.7 juta pengundi di Johor dapat menunaikan tanggungjawab serta hak demokrasi mereka,” katanya.

Mohd Khalid turut memberitahu, beliau berpuas hati dengan keseluruhan proses pengundian selepas melawat beberapa pusat mengundi.

“Kami tidak berdepan sebarang isu besar. Secara keseluruhannya, semuanya berjalan dengan baik dan lancar, dan kami akan terus memantau keadaan sepanjang hari pengundian bagi memastikan proses ini kekal aman dan teratur,” katanya. – 11 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related