◉ HEADLINES

Banjir kilat landa Lembah Klang, Medan Selera PJ antara teruk terjejas

Hujan lebat yang berterusan itu menyebabkan paras air meningkat dengan cepat sehingga menenggelamkan kawasan medan selera itu

6:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Medan Selera 223 di Petaling Jaya ditenggelami air berikutan hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi.

Difahamkan ia merupakan kejadian kali ketiga berlaku di kawasan Medan Selera 223.

Hujan lebat sejak 3.50 petang, telah menyebabkan paras air meningkat dengan cepat sehingga menenggelamkan kawasan tersebut.

Menerusi hantaran di media sosial, beberapa kenderaan terkandas, manakala beberapa lagi dilihat terapung dibawa arus banjir.

Menerusi media sosial Threads @hdoublehcollection, kawasan medan selera itu dinaiki air hingga paras leher, dengan orang ramai tidak dapat keluar daripada kawasan berkenaan.

“Kejap je ni (air) dah sampai leher. Blackout dah tu, harap cepat surut air,’’ demikian tulis pemilik akaun berkenaan.

@scoopdotmy

Paras air meningkat dengan pantas selepas hujan lebat sejak petang, mengakibatkan Medan Selera 223 di Petaling Jaya ditenggelami banjir. Rakaman di media sosial turut memaparkan kenderaan dihanyutkan berhampiran Ibu Pejabat Amway, selain pengguna jalan raya terkandas di beberapa lokasi. #Banjirkilat #petalingjaya #medanselera223 #infobanjir

♬ original sound – Scoopdotmy

Kejadian banjir kilat di medan selera tersebut pertama kali dilaporkan berlaku pada 20 April dan yang kedua pada 6 Mei lalu.

Selain kawasan medan selera itu, video beberapa kenderaan dihanyutkan air turut dimuatnaik dalam media sosial, yang dilaporkan berlaku berhampiran Ibu Pejabat Amway.

Di Kuala Lumur, pengguna media sosial turut melaporkan banjir kilat melanda kawasan di Ampang dan Sungei Wang, mengakibatkan ramai pengguna jalan raya yang terkandas. – 18 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related